Thursday 8 October 2015

Rakan Sebaya Mempengaruhi Perkembangan Sosioemosi Kanak-kanak.








                      




Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua sahabat sekalian.
 Selamat datang ke blog saya, Qurratunnada Fadilah. Saya ingin membincangkan topik khas hari ini iaitu bincangkan peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioekonomi kanak-kanak.

Apakah yang dimaksudkan dengan rakan sebaya?
          Rakan sebaya menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 ialah sahabat yang sama umurnya. Rakan sebaya juga ialah sahabat daripada lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama.


Rakan Sebaya boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain dan kadang-kala boleh mempengaruhi dalam bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang lebih memberi kesan positif kepada rakan-rakan yang lain seperti terlibat dalam aktiviti kokurikulum & aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah  akan memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang lain. 

Perkembangan sosioemosi emosi kanak;kanak pula merujuk kepada keupayaan seseorang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Menurut, Daniel Goleman “sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal serta ada kecederungan berbeza-beza untuk bertindak". Tambahan pula, mengikut teori perkembangan Psikososial Erik Erikson pula, teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. 

Perkembangan sosioemosi kanak-kanak pula bermaksud ada perkara atau benda yang dialami seseorang mendatangkan rasa senang dan ada perkara yang tidak menyenangkan. Emosi kesedaran kendiri ini lebih kepada faktor persekitaran iaitu aspek keluarga. Pada umur 2 tahun kanak-kanak mula menunjukkan emosi malu, bersalah, dengki dan bangga. Kanak- kanak mempunyai perasaan malu dan bersalah sekiranya ditegur oleh ibu bapa atau penjaganya.Kanak- kanak pada peringkat prasekolah kerap mengalami emosi kesedaran diri dan menjadi semakin sensitif pada pujian dan kritikan orang lain.

Konlusinya, rakan sebaya memainkan peranan yang penting di dalam menentukan arah kehidupan kita. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati ketika memilih rakan sebaya. Bukan semua rakan sebaya patut dijadikan kawan kerana akan ada yang mempengaruhi ke arah kebaikan dan akan ada yang mempengaruhi ke arah kejahatan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memperhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.” Sama ada berperanan sebagai seorang kawan atau pun berperanan sebagai seorang lawan, pilihlah rakan dengan bijak. Kesilapan memilih rakan sebaya pasti akan mengakibatkan keruntuhan akhlak, gejala sosial yang berleluasa dan kemerosotan disiplin. Ingatlah, rakan ketawa mudah dicari, rakan menangis sukar dicari.



Sahabat semua, diharapkan sudi memberi pendapat mahupun pndangan kalian mengenai topik yang saya bincangkan ini. Semoga pengkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua. 
Sekian, wassalam =)



i

10 comments:

  1. Asalammualaikum Fadilah. Terima kasih di atas perkongsian maklumat ini. Saya juga amat bersetuju dengan pendapat kamu bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam membentuk konsep kendiri kanak-kanak. Jika kanak-kanak itu berkawan dengan kawan yang rajin dan bercakap sopan, maka kanak-kanak itu juga akan bersikap ringan tulang dan berbudi bahasa dalam pertuturan mereka. Hal ini juga amat bersesuaian dengan teori pembelajaran oleh Albert Bandura. Menurut Bandura, kanak-kanak belajar untuk membentuk tingkah laku mereka melalui pemerhatian dan peniruan dengan orang-orang yang berada di sekeliling mereka itu. Justeru, ibu bapa dan guru-guru haruslah mengawasi dengan siapa kanak-kanak ini bergaul di sekolah dan kawasan perumahan mereka agar perkembangan sosioemosi dan kendiri mereka berkembang ke arah yang positif. Rasulullah S.A.W juga ada bersabda yang bermaksud, bersahabatlah kamu dengan penjual minyak wangi, agar kamu juga akan mendapat sebahagian harumannya, dan janganlah kamu bersahabat dengan tukang besi agar kamu terselamat daripada kekotoran dan bau asap-asap. Sudah terang lagikan bersuluh di sini, bahawasanya pemilihan rakan sebaya untuk dijadikan teman sepermainan perlulah dititik beratkan dalam kehidupan seharian khususnya terhadap kanak-kanak yang masih tidak dapat lagi membezakan baik dan buruk agar perkembangan sosioemosi mereka sejahtera sehinggalah ke dewasa kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaalaikumussalam saudari Farah Elyana kerana sudi memberi perkongsian maklumat terhadap topik yang dikemukan oleh saya dalam blog ini. Saya juga ingin menambahkan lagi pendapat saya mengenai topik yang saudari kongsikan dengan saya sebagai ilmu pengetahuan bersama. pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. Kajian (Abdullah al-Hadi et al. 2001). Azhar (2006) mengatakan pengaruh rakan sebaya terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap pengaruh yang bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak di kalangan mereka.

      Delete
  2. Assalamuailaikum saudari. bagaimana rakan sebaya boleh mempengaruhi kanak-kanak jika kanak-kanak tidak mempunyai rakan? kanak-kanak pada masa kini tidak mementingkan komunikasi bersama rakan-rakan hal ini kerana mereka banyak terdedah pada gajet-gajet serta pemainan yang terkandung pada ipad atau gajet mereka dan ibu bapa meraka sendiri tidak membenarkan untuk meraka berkawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam saudari Pearl An'Nur. Terima kasih untuk soalan yang diutarakan kepada saya. Baiklah berkenaan soalan yang diajukan iaitu rakan sebaya boleh mempengaruhi kanak-kanak jika kanak-kanak tidak mempunyai rakan. Izinkan saya untuk menjelaskan lagi tentang persoalan tentang rakan sebaya ini. Rakan sebaya merupakan antara individu yang sangat kuat dalam mempengaruhi kita dari segi sikap, tingkah laku dan emosi khususnya golongan kanak-kanak kerana mereka berada dalam tempoh proses peniruan tingkah laku.Oleh itu rakan sebaya merupakan salah satu aspek utama yang membentuk keperibadian awal kanak-kanak. Kerana melalui rakan tersebut, hubungan sosial dapat diwujudkan. Emosi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehiduapan kanak-kanak. Emosi terdiri daripada dua jenis iaitu emosi kesedaran kendiri dimana kanak-kanak yang berumur dua tahun akan mula menunjukkan emosi dengan akan berasa malu apabila ditegur dan sedih apabila dimarahi. Kedua ialah bertindak balas kepada emosi dimana kanak-kanak ini yang mulai bergaul akan menunjukkan tindak balas seperti marah, merajuk, geram dan sebagainya kepada rakan mereka. Rakan sebaya merupakan orang yang paling banyak lama waktu yang diluangkan bersama-sama oleh kanak-kanak. Semasa mereka mula berinteraksi antara satu dengan lain, disinilah peranan rakan sebaya berlaku dalam mempengaruhi sosio emosi kanak-kanak. Mereka yang sering melakukan aktiviti bersama-sama dan apa jua yang mereka ingin lakukan mereka akan mengajak rakan sebaya mereka seperti mengajak bermain bersama. Hal ini kerana mereka merasakan bahawa rakan mereka adalah penting bagi mereka.

      Delete
  3. Rakan sebaya dan keluarga merupakan dua dunia sosial tempat seseorang itu membeza.
    Apabila berada di rumah seseorang itu akan bergaul dengan keluarganya yang terdiri daripada
    ibu bapa dan adik beradiknya. Manakala apabila seseorang itu berada di luar rumah ia akan
    bergaul dengan rakan sebaya. Rakan sebaya ini terdiri daripada pelajar-pelajar atau remaja yang
    mempunyai umur yang hampir-hampir sama di antara satu sama lain.
    Menurut Klausmerier et. al (1975) di dalam hal-hal seperti tanggungjawab moral,
    keberanian, kejuran, kemesraan dan lain-lain "para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan
    pandangan rakan sebaya yang lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa. Faktor ini banyak
    menimbulkan pengeseran di antara para remaja dan ibu bapa. Para remaja merasakan ibu bapa
    sebagai pengongkong kebebasan diri. Ibu bapa pula berasa keliru dengan tingkahlaku dan tindak
    tanduk remaja dan sebarang usaha untuk menegakkan identiti diri dianggap sebagai menentang.
    Kekeliruan ini memburukan pengeseran dan akhirnya menimbulkan masalah. Apabila remaja
    menemui masalah seperti ini, ia memerlukan seorang sebagai tempat mengadu hal, mendapat
    panduan dan pertolongan. Kadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita
    masalah mereka dengan rakan sebaya mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih diatas komen dan juga pandangan saudari. Rakan sebaya sememangnya punya hubung kait yang rapat dengan seseorang individu serta dapat mempengaruhi seseorang tersebut. Perkembangan sosioemosi ialah merupakan proses kanak-kanak dalam membina hubungan dengan orang-orang yang hampir dengan mereka. Sebagai contoh orang yang hampir dengan persekitaran mereka ialah ibu bapa, adik-beradik, sanak saudara, jiran tetangga dan rakan sebaya mereka di sekolah. Hubungan dengan persekitaran ini akan melatih kanak-kanak untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.Di samping itu, hubungan ini juga akan membentuk emosi dan konsep kendiri mereka sama ada bersikap positif mahupun negatif .

      Proses perkembangan sosioemosi ini akan bermula sejak mereka masih kecil sehinggalah ke dewasa. Menurut perspektif psikososial , ahli-ahli psikologi seperti Sigmund Freud dan Erik Erikson, mereka telah menerangkan perkembangan sosial dan emosi yang berlaku kepada seseorang individu itu adalah sebagai dilema atau konflik antara desakan dalaman dan tuntutan budaya di sekeliling mereka. Oleh itu, sejak dari awal lagi kita sebagai masyarakat seharusnya menyediakan persekitaran yang positif dan stabil kepada kanak-kanak agar perkembangan sosioemosi mereka sihat serta dapat memberi kesan yang baik kepada personaliti mereka.

      Delete
  4. Asslammualaikum hai fadilah,saya ingin memberi beberapa pandangan mengenai apakah peranan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak hubungan dengan rakan sebaya ini lebih kepada hubungan yang berbentuk kekeluargaan walaupun rakan rakan tersebut bukan lah ahli keluarga mereka. Orang yang paling penting dalam kehidupan kanak-kanak ialah kawan-kawannya. Rakan sebaya itu ibarat cerminan kepada diri kanak kanak. Hal ini kerana, rakan sebaya itu ternyata memberikan impak yang terbesar dalam kehidupan mereka. Ini kerana semakin kanak-kanak membesar, secara tidak langsung hubungan sosial bersama ahli keluarganya menjadi kurang penting. Kanak- kanak bergaul dengan mereka yang sebaya umur, minat dan tahap sosial. Contoh rakan sebaya ialah kawan-kawan, rakan dalam kelas dan anak-anak jiran. Peranan rakan sebaya lebih besar dalam membentuk tingkah laku individu. Walaupun pengaruh ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang kuat, ianya akan berkurangan setelah anak-anak mereka memasuki alam persekolahan di mana mereka mula mengenali rakan-rakan baru yang sentiasa menghabiskan masa bersama-sama dan sentiasa berkongsi hal seharian, berkongsi pendapat dan sebagainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam saudari Che Ku Asyikin kerana sudi berkongsi beberapa pandangan untuk tatapan bersama sebagai ilmu pengetahuan kita. Saya juga hendak menambah lagi sedikit maklumat berkenaan rakan sebaya ini. Rakan sebaya merupakan salah satu aspek utama yang membentuk keperibadian awal kanak-kanak.Kerana melalui rakan tersebut,hubungan sosial dapat diwujudkan.Malahan terdapat teori yang sangat berkait rapat mengenai hal ini iaitu teori perkembangan psikososial Erikson yang di bawa oleh Erik Erikson.Dalam teori ini membicangkan mengenai perkembangan teori manusia yang mengandungi 8 peringkat dimana setiap peringkat tersebut mempunyai kecenderungan/keinginan yang berkonflik.Pada peringkat umur 1tahun,kanak-kanak akan mencuba untuk membina kepercayaan terhadap persekitaran dan orang lain.Hal ini semakin membawa suatu keinginan yang mendalam kepada melaksanakan sesuatu dengan sendiri.Oleh itu,rakan sebaya akan membawa 1proses pembentukan emosi kanak-kanak.sebagai contoh,keinginan yang kuat untuk mencuba sesuatu disamping sokongan rakan-rakan akan mendorong emosi kanak-kanak itu seterusnya bertindak mengikut apa yang dirasakan betul.

      Delete
  5. Assalamualaikum kepada saudari Fadilah. Saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya mengenai forum anda. Rakan sebaya merupakan kumpulan yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka. Untuk kanak-kanak , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan. Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam saudari Sue. Terima kasih juga untuk pandangan saudari yang sangat padat lagi bernas ini. Emosi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehiduapan kanak-kanak. Emosi terdiri daripada dua jenis iaitu emosi kesedaran kendiri dimana kanak-kanak yang berumur dua tahun akan mula menunjukkan emosi dengan akan berasa malu apabila ditegur dan sedih apabila dimarahi. Kedua ialah bertindak balas kepada emosi dimana kanak-kanak ini yang mulai bergaul akan menunjukkan tindak balas seperti marah, merajuk, geram dan sebagainya kepada rakan mereka. Rakan sebaya merupakan orang yang paling banyak lama waktu yang diluangkan bersama-sama oleh kanak-kanak. Semasa mereka mula berinteraksi antara satu dengan lain, disinilah peranan rakan sebaya berlaku dalam mempengaruhi sosio emosi kanak-kanak. Mereka yang sering melakukan aktiviti bersama-sama dan apa jua yang mereka ingin lakukan mereka akan mengajak rakan sebaya mereka seperti mengajak bermain bersama. Hal ini kerana mereka merasakan bahawa rakan mereka adalah penting bagi mereka.

      Delete