Saturday 10 October 2015

Pada pandangan anda bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? Bingcangkan.

Assalamualaikum sahabat seperjuangan sekalian. Alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi memberikan kita kehidupan yang indah ini :)...
Topik yang  ingin saya nyatakan disini ialah berkaitan dengan keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi?


Keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia.

Kanak-kanak Prasekolah merupakan satu dokumentasi penting yang dapat menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program  prasekolah. Kesihatan mental kanak-kanak di Malaysia ketika ini dapat dicorakkan menerusi didikan sejak dari rumah oleh ibu bapa mereka, sebagaimana dari aspek persekitan mereka iaitu keluarga, jiran  dan rakan-rakan mempengaruhi kesihatan mentalnya.

Manakala keadaan mental kanak-kanak sekolah rendah pula, mengikut perubahan persekitaran tempat tinggal, interaksi bersama rakan-rakan baru apabila menaiki darjah satu daripada peralihan prasekolah kepada sekolah rendah.


Apa itu stress ?

Stress adalah bentuk ketegangan daripada fizikal, psiko, emosi maupun mental. Bentuk ketegangan ini mempengaruhi kerja seharian seseorang. Bahkan stress dapat membuatkan rasa sakit dan berlakunya gangguan mental. Pada dasarnya, stress adalah sebuah bentuk ketegangan iaitu berpunca daripada sesuatu masalah baru yang timbul.

Kanak-kanak prasekolah mahupun kanak-kanak diperingkat sekolah rendah di Malaysia akan menghadapi stress mungkin salah satu puncanya dimarahi oleh guru mereka kerana tidak menyiapkan tugasan kerja rumah yang diberikan. Hal sedemikian adakalanya kanak-kanak tidak suka dimarahi didepan kawan-kawannya menyebabkan dia merasa malu, seterusnya mengalami masalah stress yang tinggi. Perkara ini mungkin dipandang remeh oleh segelintir masyarakat, namun sebaliknya kotak fikiran kanak-kanak ini mungkin terganggu. 


Walaubagaimanapun kita perlu membantu kanak-kanak tersebut agar mereka tidak terlalu stress dalam memikirkan sesuatu hal yang boleh menganggu pemikiran mereka sehingga terjejas.  Oleh itu, kanak-kanak seumpama permata, malah merekalah yang menceriakan suasana dalam kehidupan kita.


Diharapkan sahabat-sahabat semua sudi memberikan pandangan masing-masing mengenai topik yang saya kemukakan.
:P 

8 comments:

  1. Asalammualaikum dan salam satu Malaysia Fadilah. Saya amat menyukai topik yang kamu utarakan di sini iaitu berkaitan keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Bagi pendapat saya, kanak-kanak hari ini sudah banyak didedahkan dengan dunia media massa yang mana turut memberi kesan negatif terhadap keadaan mental mereka. Terdapat pelbagai jenis hiburan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak ini tonton namun, akibat kecuaian daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa, kanak-kanak ini telah didedahkan dengan perkara yang tidak senonoh seperti pornografi dan bahasa-bahasa lucah. Faktor-faktor sebegini akhirnya akan menjejaskan perkembangan kognitif mereka kelak. Malahan, jika kanak-kanak ini membesar dalam persekitaran yang terlalu autoritarian oleh ibu bapa dan guru-guru mereka, maka hal ini juga akan mengganggu keadaan mental mereka yang mana berasa trauma akibat sering dikenakan hukuman seandainya tersalah dalam melakukan sesuatu perkara seperti gagal dalam peperiksaan. Persoalan mengenai adakah kanak-kanak ini mengalami stres dalam hidup mereka? Ya, saya bersetuju bahawa kanak-kanak juga tidak lari daripada stres dan mengalami tekanan hidup. Berikutan mereka masih kecil dan tidak mampu untuk mengendalikan lagi tekanan yang dihadapi oleh itu, mereka akan membuat pelbagai ragam dan perangai seperti suka mengamuk, susah tidur dan cerewet dalam pemilihan makanan. Justeru, ibu bapa dan guru-guru seharusnya peka terhadap kelibat anak-anak mereka jika mereka ada menunjukkan tanda-tanda stres agar dapat membantu mereka untuk mengendalikan stres mereka itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam saudari Farah Elyana yang dikasihi. Terima kasih diucapkan kerana memberi komen serta pendapat terhadap tajuk yang saya ketengahkan diatas. Sememangnya masalah kesihatan mental ataupun masalah stress di Malaysia dalam kalangan kanak-kanak hinggalah ke peringkat remaja sering kali berlaku kerana disebabkan beberapa faktor yang mendorong berlaku permasalahan ini. Sebagai contonya, meletakkan cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi, mempunyai harga diri yang rendah, kurang yakin pada diri sendiri,takut untuk gagal, perubahan pada tubuh badan akibat hormon, penyakit atau pemakanan serta membandingkan diri dengan orang lain seperti adik-beradik atau rakan. Kesan stress terhadap kanak-kanak sangat bahaya jika terus dibiarkan berterusan. Oleh itu, permasalahan kesihatan mental ini perlu dibendung dengan mengawal perasaan dan berada dalam keadaan tenang. Dengan berada disamping orang-oranng yang boleh dipercayai seperti bimbingan daripada ibu bapa dan guru.

      Delete
  2. Assalamuailaikum saudari fadilah, pada pendapat anda bagaimanakah cara yang sesuai untuk kanak-kanak tidak menghadapi tekanan apabila mereka belajar dan bagai mana cara pembelajaran yang sesuai untuk pembelajaran mereka?. sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam saudari Pearl An'Nur. Terima kasih juga diatas soalan yang diutakan kepada saya. Stres boleh di atasi dengan cara kanak-kanak perlu mempelajari cara-cara untuk mengatasinya agar hidup mereka lebih sihat dan terlindung daripada tingkah laku negatif yang akan menyusahkan hidup mereka apabila mereka belajar. Kenal pasti tanda-tanda stres dan menyukai dan menyayangi diri sendiri supaya kita dapat merasa tenang. Selain itu,lakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri serta jangan meniru dan mengikut orang lain untuk menunjukkan kita hebat. seterusnya, cara pembelajaran yang sesuai pula untuk pembelajaran adalah dengan belajar menerima apa yang kita tidak dapat ubah dan jangan risau tetang kekurangan yang ada.Di samping itu, berkongsi masalah dengan keluarga, kawan-kawan atau guru kaunseling mengenai pembelajaran yang kurang difahami. Mereka boleh memberikan bantuan pendapat dan cadangan supaya kita boleh membuat keputusan dengan lebih baik dan berkesan. Bahkan mereka juga dapat membantu kita dalam membuat latih tubi bagi mengulang kaji mata pelajaran yang kurang difahami.

      Delete
  3. Kecerdasan Emosional adalah kemampuan untuk memonitor emosi diri sendiri dan orang lain, serta menggunakan informasi emosi untuk memandu cara berfikir dan perilaku.
    Kecerdasan emosional (EQ) ditandai dengan kemampuan seseorang mengendalikan diri dalam menghadapi keadaan sulit. Dengan pengendalian yang kuat, ia boleh membuat seseorang menjadi dengan tenang melihat permasalahan dan dengan tenang memperhitungkan impak dari suatu keputusan atau suatu tindakan.
    Setiap orang mempunyai perbezaan personaliti, keperibadian, keinginan dan bagaimana menunjukan emosi. Perhatian orang yang cerdas secara emosi bukan hanya berrfikir logik tetapi juga mampu berfikir arif dan bijak, Ia bukan hanya mengenali siapa dirinya, tetapi juga berusaha mengenali orang lain yang berhubungan dengan masalah yang dihadapi sehingga kehadirannya dapat memecahkan masalah bukan membuat masalah baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudari Aqeelah Halim kerana berkongsi pendapat anda berserta komen yang diberikan kepada blog saya ini. Saya bersetuju dengan pandangan yang anda berikan diatas sebagaimana stress dalam kalangan kanak-kanak dan juga remaja sekarang meningkat disebabkan emosi mereka terganggu akibat persekitaran yang berada disekeliling kehidupan mereka. Oleh sebab tekanan tidak dapat dielakkan, beberapa cara boleh dilakukan oleh ibu bapa dan orang dewasa untuk membantu kanak-kanak menangani tekanan dengan efektif. Mengambil perhatian anak-anak, mengambil tentang mereka dan mendengar luahan hati anak-anak daripada masalah yang mereka hadapi supaya mereka tidak merasa tekanan daripada emosi yang bercelaru. Mereka perlukan seseorang seperti ibu bapa untuk didampingi dan didekati.Secara positif, stres boleh memotivasikan seseorang untuk memperbaiki dirinya sehingga ia dapat menghasilkan kerjanya dengan cemerlang. Contohnya pelajar perlu menghadapi peperiksaan walau pun peperiksaan itu suatu stres kerana tanpa peperiksaan pelajar tidak akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang memuaskan.

      Delete
  4. ASSALAMUALAIKUM FADHILAH. SAYA AMAT BERSETUJU DENGAN KENYATAAN YANG INGIN DIBAHASKAN OLEH ANDA KERANA KANAK-KANK PRASEKOLAH DAN DI SEKOLAH RENDAH ADA RAMAI YANG MENGALAMI STRESS.HAL INI TELAH MENGGANGU KESIHATAN MENTAL MEREKA.Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’ kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan); pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi ‘distress’ yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Cheku Nur Asyikin, kerana bersetuju dengan topik yang saya bincangkan dalam blog ini. Izinkan saya menambahakan lagi perkongsian saya kepada saudari sebagai ilmu pengetahuan bersama. Gejala stres berlaku apabila ia tidak dapat ditangani oleh kanak-kanak dan remaja. Kesannya juga berbeza dari segi simptom dan tahap keseriusannya. Kanak-kanak dan remaja akan menunjukkan perubahan tingkah laku dan bertindak melakukan perkara-perkara yang di luar batasan usia mereka. Kanak-kanak berumur 2-6 tahun, mereka akan menunjukkan kemerosotan tingkah laku seperti menghisap ibu jari, menangis dan merengek kerana merasa takut tanpa kehadiran ibu-bapa. Di peringkat awal, kanak-kanak ini boleh menunjukkan tanda –tanda seperti memencilkan diri, sikap tidak mempercayai sesiapa,tidak mahu hadir ke sekolah atau tidak suka berkawan, bersikap menentang atau tidak mematuhi arahan, panas baran dan mempunyai masalah untuk melahirkan perasaan. Jelaslah hal ini berlaku kerana kanak-kanak tersebut mengalami masalah stress yang tinggi dalam diri sehingga hilangnya sikap kepercayaan terhadap orang yang berada disekelilingnya.

      Delete