Saturday 10 October 2015

Masalah Yang Mungkin Dihadapi Oleh Kanak-kanak yang Tidak Mempunyai Hubungan Perapatan Dengan Bapa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat semua. 
Perkongsian saya yang seterusnya dengan kawan-kawan mengenai topik yang  akan diketengahkan kali ini pula ialah mengenai isu masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa.

Definisi perapatan

Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak. Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk.



Pembentukan Perapatan

Perapatan terbentuk sejak lahir. Interaksi dan perapatan ibu bapa dengan anak memberi kesan terhadap perkembangan emosi anak-anak itu sendiri. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa menjadi model kepada anak-anak dan membentuk gaya perapatan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Selain itu, ada pendapat mengatakan perapatan terbina sejak bayi berada dalam kandungan ibunya menyebabkan bakal ibu digalakkan untuk berinteraksi dan mengusap perut untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak. Apabila lahir, pelukan, usapan, belaian dan ciuman ketika menyusukan anak adalah detik permulaan bagi membina hubungan rapat antara ibu dengan anak. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang banyak bukanlah penentu kepada perapatan. Kajian menunjukkan penggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebih banyak mempengaruhi bentuk perapatan yang dibina terutamanya hubungan ayah dengan anaknya.

Masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan bapanya.

Komunikasi yang berkesan antara  bapa dan anak adalah penting. Bapa  perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.
Kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka. 


8 comments:

  1. Asalammualaikum dan salam sehati sejiwa Fadilah. Saya amat berminat dengan topik yang kamu bincangkan pada kali ini, iaitu mengenai hubungan perapatan anak dan ayah serta masalah-masalah yang mungkin akan timbul akibat jurangnya hubungan antara anak dan ayah sejak akhir-akhir ini. Dalam sesebuah keluarga, ayah merupakan seorang ketua dan bertanggungjawab untuk mencari nafkah bagi menanggung segala keperluan rumah tangga mereka. Namun, terdapat segelintir ayah yang terlalu sibuk mencari rezeki sehingga jarang sekali meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak mereka. Justeru, hal ini akan memberi kesan terhadap hubungan perapatan antara anak dan ayah di dalam sebuah keluarga. Oleh itu, sebagai seorang ayah, seharusnya mereka pandai dalam mencari masa seharian mereka untuk meluangkan masa bersama keluarga iaitu terutamanya terhadap anak-anak mereka yang masih kecil. Hal ini kerana terdapat banyak kebaikan yang boleh dilihat jika anak-anak kecil mempunyai hubungan yang rapat terutama terhadap ayah mereka. Dalam sebuah kajian yang dilakukan University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dijelaskan bahawa anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya. Malahan, mereka juga memiliki kemampuan berbahasa dan kognitif yang lebih baik. Kajian lain juga mendapati anak yang dididik dengan sempurna oleh ayah mempunyai kurang masalah di sekolah dan apabila meningkat dewasa kelak. Maka, di sini kita dapat lihat hubungan mesra antara anak dan ayah amatlah penting untuk membentuk personaliti, kendiri dan emosi kanak-kanak ini. Kita juga dapat menyatakan mungkin terdapat segelintir kanak-kanak di luar sana yang bermasalah akibat renggangnya hubungan perapatan antara mereka dengan ayah mereka di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Cik Farah Elyana. Terima kasih diatas perkongsian pendapat anda. Saya amat menyukai pandangan yang anda berikan begitu padat dan bermakna buat saya. Namun disini saya ingin menambah lagi dengan hujah lain selain daripada perkongsian diatas. Perapatan penting kepada semua manusia. Bayi yang lahir perlukan jagaan daripada orang dewasa sama ada untuk mendapatkan makanan, membersihkan diri atau mendapatkan perlindungan emosi. Kemesraan, kasih sayang, penjagaan dan perlindungan yang diberikan oleh ibu bapa atau penjaga bukan sahaja membantu dalam proses perkembangan kognitif, malah mempengaruhi perkembangan sosioemosi dan perkembangan moral.) Hubungan antara ibu bapa dan anak-anak dilihat memainkan peranan yang besar dalam membentuk perapatan selamat. Apabila kanak-kanak dilindungi, dikasihi, disayangi, dipenuhi segala keperluan asas, maka kanak-kanak dapat membentuk perapatan selamat dengan ibu bapa atau penjaga. Bagi kanak-kanak yang membentuk perapatan tidak selamat pula, ia dikaitkan dengan status ekonomi sosial keluarga yang rendah, keluarga yang porak-peranda, atau menjadi mangsa dera.

      Delete
  2. Assalamuailaikum saudari, kita tahu bahawa bapa mempunyai sikap yang sukar untuk bermesra dengan anak-anak dan ini merupakan kelemahan yang dapat dilihat dengan jelas. adakah saudari bersetuju dengan pendapat saya?. sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam saudari Pearl An'Nur. Terima kasih diatas komen yang diberikan serta soalan yang diutarakan bagi membuka lagi minda saya untuk mengupasnya dengan lebih lanjut mengenai topik yang saya bangkitkan diatas. Ya, saya bersetuju dengan pendapat saundari dan izinkan saya untuk menjelaskannya dengan lebih lanjut. Perapatan selamat akan membentuk gaya perapatan selamat dalam diri kanak-kanak. Begitu juga dengan bentuk perapatan yang lain. Sekiranya anak-anak memperoleh perapatan selamat, mereka juga akan mempamerkan sikap-sikap yang positif, berkasih-sayang serta menghargai orang lain. Mereka gembira untuk berinteraksi, bergaul, serta boleh mengasihi dan dikasihi oleh orang lain.Perapatan yang mengelak atau bimbang ketidaktentuan pula berkemungkinan akan menghasilkan kanak-kanak yang rendah diri, pemarah, ganas, dan tidak menghormati orang lain. Mereka selalunya bermasalah dalam perhubungan dengan rakan-rakan kerana konsep kendiri yang rendah, berfikiran negatif serta selalu menyalahkan diri dan orang lain.

      Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa personaliti individu bukan hanya dipengaruhi oleh perapatan semata-mata ttapi juga melibatkan aspek-aspek lain yang dialami sepanjang kehidupan seperti perceraian ibu bapa, kematian orang tersayang dan sebagainya.

      Delete
  3. Saya ingin berkongsikan sedikit pendapat saya mengenai blog anda. Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak. Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk. Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting, bila tiadanya hubungan perapatan anak dan bapa mereka akan berkurangnya komunikasi. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudari Aqeelah kerana sudi memberi pandangan saudari berkenaan topik yang saya ketengahkan ini. Hubungan perapatan anatara bapa dengan anak sememangnya sangat penting dalam membentuk sebuah institusi keluarga yang bahagia. Perapatan penting kepada semua manusia. Bayi yang lahir perlukan jagaan daripada orang dewasa sama ada untuk mendapatkan makanan, membersihkan diri atau mendapatkan perlindungan emosi. Kemesraan, kasih sayang, penjagaan dan perlindungan yang diberikan oleh ibu bapa atau penjaga bukan sahaja membantu dalam proses perkembangan kognitif, malah mempengaruhi perkembangan sosioemosi dan perkembangan moral. Dari segi sosioemosi, perapatan mempengaruhi sejauhmana kanak-kanak menilai diri, menganggap diri berharga, dan berhubungan dengan orang lain. Konsep kendiri yang terbina melalui perapatan akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak ini hingga dewasa kelak.

      Delete
  4. Assalamualaikum. Saudari Fadilah, saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya mengenai foru anda. Apa yang kita tahu perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak. Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk.
    Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting, bila tiadanya hubungan perapatan anak dan bapa mereka akan berkurangnya komunikasi. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.
      Antara masalah yang dihadapi jika kanak-kanak tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa ialah, Hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.

      Delete