Saturday 10 October 2015

“Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan”.

 Assalamualaikum saudara dan saudari sekalian.
Bertemu lagi kita untuk membahaskan pernyataan ini : “Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan”.


Kecerdasan emosi adalah kemampuan seseorang untuk menerima, menilai, mengelola, serta mengawal emosi dirinya dan orang lain di sekitarnya. Dalam hal ini, emosi mengacu pada perasaan terhadap informasi akan sesebuah ikatan perhubungan.  Sedangkan, kecerdasan mengacu pada sesuatu untuk memberikan alasan yang logik akan suatu hubungan. Kecerdasan emosi  belakangan ini dinilai lebih penting daripada kecerdasan intelek.  Sebuah penelitian mengungkapkan bahawa kecerdasan emosi dua kali lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam memberikan penumpuan dan menentukan kejayaan seseorang khususnya dalam dunia perkerjaan. 

Sebagaimana profesion perguruan yang menitik beratkan terhadap suatu tanggungjawab yang perlu digalas dalam pengajaran & pembelajaran (P&P) yang kadang-kalanya sikap pelajar-pelajarnya menguji kesabarannya yang melibatkan emosi guru itu sendiri. Menurut Howard Gardner (1983) terdapat lima pokok utama dari kecerdasan emosi seseorang, yakni mampu mengendali dan mengelola emosi diri sendiri, memiliki kepekaan terhadap emosi orang lain, mampu merespon dan bersosialisasi dengan orang lain secara emosional, serta dapat menggunakan emosi sebagai alat untuk memotivasi diri. Menurut Aristoteles pula, dalam The Nichomacea Ethics adalah bukan emosi yang menjadi masalah, tetapi lebih kepada kita mengekspresikan dan mengendalikan semua jenis emosi dan menguasainya dengan kecerdasan, bahkan nafsu jika dilatih dengan baik akan menghasilkan kebijaksanaan.


Adakalanya kita cenderung menganggap emosi sebagai reaksi berlebihan atas dasar perilaku yang sukar kita terima kerana banyak juga yang selalu mengaitkan emosi hanya dengan perasaan marah atau kecewa, namun sebaliknya emosi ini dapat kita kawal mengikut situasi yang bersesuaian.

Sekian, wassalam =)
Kepada sahabat-sahabat semua marilah kita membahaskan lagi topik ini agar menjadi lebih hangat lagi untuk diperkatakan kepada umum. 

8 comments:

  1. Asalammualaikum Fadilah. Menurut perbincangan kali ini, kamu menyatakan kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek apabila melibatkan dunia pekerjaan. Saya berasa kurang pasti dengan pernyataan ini. Hal ini kerana saya berpendapat bahawa kecerdasan intelek amat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang itu terutama ketika individu itu sudah bekerja. Dalam masyarakat hari ini, ramai yang memandang kecerdasan intelek sebagai faktor yang utama dalam menentukan tingginya darjat seseorang itu dan akan dipandang tinggi oleh kawan-kawan mereka kerana memiliki otak yang lebih cerdik. Memiliki otak yang bergeliga bukanlah mudah kerana ia memerlukan individu itu untuk berusaha keras menimba ilmu dan kesannya beliau berupaya untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam dunia pekerjaan seperti doktor dan peguam. Selain itu, orang yang mempunyai otak yang cerdas juga dapat membantu mereka untuk mudah mendapat kepercayaan orang di sekitar mereka. Tambahan pula, orang yang cerdik juga lebih bijak dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi berbanding daripada mereka yang hanya memiliki kecerdasan emosi dan sosial sahaja. Oleh itu, saya dengan yakinnya berpendapat bahawa kecerdasan intelek merupakan aspek yang lebih penting dalam dunia pekerjaan mutakhir ini berbanding daripada mereka yang memiliki kecerdasan emosi dan sosial sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam saudari Farah Elyana.Terlebih dahulu terima kasih kerana memberikan pandangan anda berserta hujah yang mantap mengenai kecerdasan intelek lebih penting berbanding emosi bagi pandangan anda. Ya saya akui dengan pandangan yang berikan itu namun sebaliknya kecerdasan emosi juga sangat dalam dunia pekerjaan sekarang kerana ia melibatkan persekitaran seperti memerlukan tempat kerja yang suasana yang selesa apabila melangkah ke alam perkerjaan ataupun kerjaya. Intelek pula merupakan suatu yang sangat diingini dalam menyumbangkan idea serta kebolehan seseorang mencapai sebuah kerjayaan. Namun begitu, emosi perlu dipertimbangkan dalam soal ini kerana jika emosi seseorang itu tidak stabil akan menimbulkan masalah dalam sesuatu pekerjaan yang mereka ceburi. Oleh itu, intelek dan emosi perlukan keseimbangan kedua-duanya agar dapat berjaya dalam dunia pekerjaan ataupun bidang yang diceburinya.

      Delete
  2. Assalammualaikum saudari yang dikasihi, pada pendapat saya emosi seseorang tidak akan menjejaskan perkerjaan seseorang ini kerana banyak pekerjaan sekarang kebanyakkannya mereka bekerja dengan komputer atau alat elektronik yang memerlukan intelektual seseorang untuk mengendalikan mesin-mesin tersebut. sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam saudari Pearl An'Nur kerana memberi komen terhadap topik yang saya bangkitkan di blog ini. Saya ingin menambah sedikit sebanyak pendapat yang saudari komenkan diatas tentang emosi seseorang tidak akan menjejaskan pekerjaan seseorang. Dalam buku Daniel Goleman ada menyebut disamping Kecerdasan Intelektual (IQ) ada kecerdasan lain yang membantu seseorang sukses yakni Kecerdasan Emosional (EQ). Bahkan secara khusus dikatakan bahawa kecerdasan emosional lebih berperanan dalam kejayaan dibandingkan kecerdasan intelektual. Hal ini meskipun ada beberapa penelitian yang menunjukkan kebenaran ke arah sana. Bahkan IQ hanya berperanan 4%-25% terhadap kejayaan dalam pekerjaan. Sisanya ditentukan oleh EQ atau faktor-faktor lain di luar IQ tadi. Walaupun kebergantungan sekarang terhadap elektronik namun emosi dan intelektual manusia haruslah seiring dan seimbang. Jika kita melihat dunia kerja, maka kita bisa menyaksikan bahwa seseorang tidak cukup hanya pintar di bidangnya. Dunia pekerjaan penuh dengan interaksi sosial di mana orang harus berkomunikasi dalam menangani diri sendiri mahupun orang lain. Orang yang cerdas secara intelektual di bidangnya akan mampu bekerja dengan baik.

      Delete
  3. Secara umumnya emosi bermaksud perasaan. Manusia merupakan antara hidupan yang memiliki emosi yang sangat kompleks dan halus. Emosi juga adalah adaptasi evolusi, kerana meningkatkan kemampuan organisma untuk mengalami dan mengevolusi lingkungannya dan kemudian menambah kemungkinan hidup dan beriproduksi.Manakala kecerdasan pula didefinisikan menurut Kamus Dewan edisi ketiga sebagai kesempurnaan akal untuk berfikir, memahami, mengerti dan seumpamanya.
    Dari segi kontekstual, dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan emosi merupakan sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudari Aqeelah Halim untuk pandangan yang anda berikan. Saya sangat menyukai komen yang saudari berikan ini kerana pandangan saudari menhangatkan lagi topik yang saya war-warkan ini. Saya ingin berkongsi lagi dengan saudari sebagai manfaat bersama tentang topik diatas. Sejak kecil kita telah memiliki emosi dan berinteraksi dengan emosi tersebut. Kebiasaan kita dalam menanganinya akan terus terbawa dan menjadi karakter seseorang ketika dewasa. Dengan demikian, alangkah berbahagianya seorang anak yang memiliki orang tua yang peka dan pelatih emosi yang baik. Anak seperti ini akan berlatih menangani dirinya sejak masa kecil. Cerdas secara emosional akan membantu Anda pada tahap awal untuk mengenali diri dengan lebih baik, sekaligus bersikap positif dan melatih kematangan menghadapi kehidupan, apapun yang terjadi: susah atau senang, berjaya atau gagal, mudah atau sulit khususnya dalam dunia pekerjaan hari ini yang bakal diceburi.Dalam dunia kerja yang semakin kompetitif, kemampuan seseorang menangani beban kerja, stres, interaksi sosial, pengendalian diri, menjadi kunci penting dalam keberhasilan. Seseorang yang berjaya dalam pekerjaan biasanya adalah orang yang mampu mengelola dirinya sendiri, memotivasi diri sendiri dan orang lain, dan secara sosial memiliki kemampuan dalam berinteraksi secara positif dan saling membangun satu sama lain.Sememangnya emosi dan intelektual seimbang serta perlu positif dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

      Delete
  4. Assalamualaikum saudari Fadilah, saya turut berpendapat bahawa kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Dalam dunia pekerjaan, kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting. Hal ini, kerana kecerdasan emosi dan sosial akan membentuk serta menentukan sifat seseorang individu. Secara am nya, kecerdasan intelek amat diperlukan dalam sesebuah pekerjaan terutamanya pekerjaan yang memerlukan tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Walau bagaimanapun, tahap kecerdasan emosi dan sosial individu tersebut akan lebih mempengaruhi individu tersebut dalam dunia pekerjaan. Misalnya, walaupun seseorang pekerja mempunyai tahap intelek yang tinggi, sekiranya emosi pekerja tersebut mudah terganggu disebabkan kercerdasan emosi yg tidak baik, pastinya akan mempengaruhi kualiti kerja pekerja tersebut. Selain itu, kecerdasan sosial yang menunjukkan tahap pergaulan dan komunikasi seseorang dalam sesuatu masyarakat. Tanpa kecerdasan sosial yang baik, di mana pekerja tersebut sukar untuk berkomunikasi dengan pekerja lain serta pihak atasannya, turut mempengaruhi cara kerja pekerja di mana kecerdasan intelek atau pengetahuan yang dimiliki pekerja tidak dapat di gunakan sepenuhnya, kerana dalam dunia pekerjaan tahap sosial ataupun komunikasi amat penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam saudari Nasuha Solehah. Terima kasih kerana saudari sudi memberi pandangan terhadap topik yang dibincangkan dalam blog saya ini. Saya sangat menyukai komen yang saudari berikan ini. Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Dalam dunia pekerjaan, kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting.kecerdasan emosi dan sosial lebih berperanan penting dan lebih baik dalam personaliti seseorang individu berbanding kecerdasan intelek. kejayaan seseorang dalam kehidupan bukanlah semata-mata disebabkan oleh kecerdasan inteleknya (IQ), kecerdasan emosi dan sosial juga boleh membawa kejayaan, malahan lebih banyak lagi memberi sumbangan kejayaan individu berbanding kecerdasan intelek. Hal ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Goleman pada tahun 1998 yang menyatakan bahawa 80 peratus kejayaan bergantung kepada kecerdasan emosi dan sosial .manakala selebihnya 20 peratus adalah bergantung kepada kecerdasan intelektual (IQ), kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang dijalankan olehnya ke atas beribu-ribu orang ahli profesional yang berjaya dalam bidang masing-masing serta penyelidikan yang dilakukan terhadap 500 buah organisasi di seluruh dunia. Sebenarnya kecedasan intelek hanya dimiliki oleh sesetengah manusia sahaja dan hanya dapat diwarisi secara genetik atau biologikal, berbanding kecerdasan emosi yang saling berkait rapat dengan kecerdasan sosial, ia dimiliki oleh setiap manusia tidak kira dari latar belakang mana sekalipun seseorang itu datang. Kecerdasan emosi dan sosial boleh dipelajari, dikembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini. Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya dan sosial juga semakin tinggi. Kecerdasan emosi dan sosial penting dalam setiap individu, sama ada terhadap pemimpin, pengurus, pelajar dan sebagainya. Dalam hal yang lain, kecerdasan intelek (IQ) tidak berupaya membentuk akhlak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar, kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi dan sosial yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik. Dengan adanya kecerdasan emosi dan sosial seseorang akan mampu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan, keadaan ini membolehkannya mudah mencapai sesuatu matlamat dengan adanya disiplin tersebut.

      Delete